Saturday, December 26, 2009

semua di dunia hanyalah sebab...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

salam 10 muharam..dinamakan juga hari Asyura.terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini... diantaranya Nabi Adam bertaubat kepada ALLAh,Nabi Ibrahim diselamatkan oleh ALLAH dari pembakaran Raja Namrud, hari pertama ALLAH menurunkan rahmat, dan banyak lagi.. boleh rujuk artikel yg dikeluarkan oleh unit biah solehah , lajnah dakwah dan pembangunan insan, Badan kebajikan anak wilayah persekutuan Mesir (BKAWM)...hehe.. promote2....

berkaitan dengan tajuk, ape yang nak dikongsikan disini adalah..segala apa yang ada didunia ini hanyalah menjadi penyebab..penyebab kepada sesuatu berlaku..supaya ianya dilihat rasional..tetapi hakikatnya segala-segalanya dari ALLAH...

sbg contoh kisah nabi Ibrahim ketika dibakar Raja NAmrud,api itu tidak memanaskan, sedangkan hakikat api adalah panas..ini menunjukkan panas datangnya dari ALLAH...

kisah kedua, sewaktu nabi IBrahim ingin menyembelih anaknya Nabi ISmail atas perintah ALLAh s.w.t...pisau yang tajam tidak memotong, kerana hakikat yang memotong adalah ALLAH s.w.t....

apa yang boleh diaplikasikan disini adalah, kita study.. tapi rase mcm "xmasuk2" tak faham ape yang kita sedang belajar... kerana ape? kerana yang memberi faham adalah Allah...buku hanyalah objek yang boleh menjadi penyebab untuk kita faham..

pengajarannya: segala yang berlaku datangnya dari ALLAh... banyakkan berdoa moga dipermudahkan ALLAH... banyakkan berdoa mohon bukan sahaja hidayah dari AllAH.. tetapi taufiq darinya..kerana taufiq adalah gerakan dari ALLAH untuk kita melaksanakan amal soleh..bukan sahaja petunjuk untuk melaksanakan amal soleh..

wallahu Taala a'lam.. mohon yang salah diperbetulkan...

No comments:

Post a Comment