Saturday, February 27, 2010

Surat untuk bakal suamiku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Artikel ini ku jumpai di laptopku..untuk sama2 kita hayati.. bagi diriku surat ini lebih ditujukan kepada semua wanita diakhir zaman ini..untuk menjaga dan memelihara kehormatan dirimu, agar ALLAH jodohkanmu dengan suami yang terbaik disisiNya dalam perjalanan panjang penuh ranjau berduri menuju redha Ilahi...


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.

Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dgn mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.

Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa', agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.

Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'.

Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

Tuesday, February 23, 2010

Sesungguhnya...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah (segala puji bagiMu) ya ALLAH, kerana memberikan taufiq dan hidayah dalam mengawal nafsu yang besar menimpa saratoga yang ringan..


SESUNGGUHNYA...

sebenarnya hati ini cinta kepadaMU
sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga

sesungguhnya..
walau kukutip semua permata didasar lautan
sesungguhnya..
walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu

namun cinta xkan hadir
namun rindu x akan berbunga
ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMU
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
ku cuba menyiramnya
agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga Kauthar

sesungguhnya..
walau kukutip semua permata didasar lautan
sesungguhnya..
walau kusiram dengan air hujan dari tujuh dari tujuh langitMU
namun cinta xkan hadir
namun rindu x akan berbunga
jika tidak mengharap rahmatMU
jika tidak menagih simpati
padaMU ya ALLAH..

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
moga kutahu syukurku adalah milikMu..

Raihan..

Tuesday, February 16, 2010

JIWA SUFI...

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa yang dikatakan dengan jiwa sufi?jiwa yang di isi dengan sufikah? Atau sufi yang terisi didalam jiwakah ?? atau.. Tetapi sufi itu pula bagaimana? S.u.f.i ? pernah dengar suatu ungkapan, ‘jiwa sufi fikrah haraki’..? tetapi pada entry kali ini tidak berminat untuk membicarakan tentang ‘fikrah haraki’… berbalik kepada persoalan asal.. JIWA SUFI.. sufi biasa dikaitkan dengan ahli sufi..ataupun ahli tasawuf.. pada 13 dan 14 feb yang lepas, diriku diberi nikmat oleh ALLAH untuk mengikuti sebuah daurah anjuran persatuan PERUBATAN mesir tentang sebuah kitab tasawuf.. al-madkhal ila at-tasawuf as-sohih al-islami karangan Sheikh Rohimiddin Nawawi Al-Bantani . biodatanya telah kehilangan..tp insyaALLAH akan dinukilkan sekiranya terjumpa.. apa yang diingati, beliau merupakan anak kelahiran Indonesia, tetapi sekarang sedang menetap di Mesir..dan berkhidmat sebagai seorang pengetua di sebuah madrasah disini.. beliau merupakan penulis kepada kitab yang kami daurahkan..dan ia mempunyai terjemahan kedalam bahasa melayu dan dijual di Malaysia. Aku merAsakan ia sebagai suatu nikmat kerana aku peroleh banyak kebaikan hasil daurah ini, tetapi ia juga sebagai ujian, sebanyak mana aku amalkan ilmu yang diperolehi..

Melihat kepada tajuk kitabnya saja kita boleh mengetahui yang ianya hanyalah sebuah pengenalan kepada ilmu tasawuf, belum melihat kepada isi yang terdapat di dalamnya… kalau diibaratkan, kami hanya baru mengetuk pintu sebuah rumah dan belum masuknya kedalamnya sekiranya rumah itu adalah ilmu tasawuf tersebut. Tetapi pada awal pengenalannya, tasawuf bukan sebuah ilmu, melainkan sebuah amalan untuk mencapai ibadah yang sempurna. Bahkan ia menjadi bidang paling akhir menjadi ilmu…

Tasawuf merupakan cara penunaian adab yang sempurna,penyempurnaan ibadah yang kamil. Tasawuf adalah hakikat. Kalau solat ada zahir dan batin, yang zahir itu segala perbuatan solat kita,sujud, rUkuk dsb. Manakala batin itu adalah khusyu’.kita akan mendapatkannya melalui tasawuf.



Sebuah hadith yang menerangkan tentang islam, iman dan ihsan.diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khatab. Perbualan yang berlaku diantara malaikat Jibril dan Nabi Muhammad SAW. Islam itu adalah fiqh, manakala Iman adalah Tauhid dan Ihsan itu adalah Tasawuf.
Tugas-tugas pembawa risalah Islam boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :
-tabligh al-ahkam (berkaitan halal, haram, muamalat dan ibadat)
-tanfizul hukum (pelaksanaan kekuasaan,politik)
-tazkiyatun nufus (tarbiyah, memantau jiwa umat)

Dari zaman Rasullullah SAW ketiga-tiga tugas ini dipikul oleh pemerintah iaitu Rasullullah SAW sendiri, diikuti dengan 4 khulafa’ arrasyidin. Tetapi bermula dengan zaman khalifah Islam dari zaman umawiyah, 2 dari tugas ini mula dilupakan iaitu Tabligh al-ahkam dan Tazkiyatun nufus.yang hanya dilaksanakan adalah tanfizul hukum. Maka dengan sebab inilah munculnya ulama’ fiqh untuk memikul tugas tabligh al-ahkam dan golongan sufi untuk tazkiyatun nufus.

Contohnya, sebuah kisah dizaman Rasulullah SAW, terdapat seorang pemuda yang sangat elok wajahnya. Pada suatu hari, pemuda itu menunggang kuda bersama Rasullullah SAW. Dalam perjalanan itu, pemuda itu terpandang seorang wanita dan wanita itu juga melihat kearahnya. Melihatkan itu, Rasullullah pon menepuk pipi pemuda itu supaya menundukkan pandangan. Begitulah bagaimana Nabi SAW memelihara maksiat mata sahabatnya.

Kata –kata daripada Imam As syafie berkaitan dengan ilmu tasawuf adalah, sekiranya seseorang yang faqih ilmu tanpa sufi akan menyebabkan hati keras, tetapi sufi tanpa faqih adalah jahil. Jadi kedua2nya adalah penting bagi kita.

Seorang ahli sufi tidak menginginkan sesuatu di dunia melainkan ALLAH dihatinya. Tiada perkara yang buruk di dunia ini melainkan baik belaka. Sekiranya disakiti, sakit itu baik baginya kerana kaffarah dosa. Malah orang yang menyakitinya akan didoakan masuk syurga kerana menyampaikan kebaikan kepadanya.

Diceritakan sebuah kisah, seorang fiqih dan seorang sufi. Ahli fiqh tersebut menanyakan, mengapa orang ramai lebih suka mendekati ahli sufi berbanding ahli fiqh. Ahli sufi itu menyuruh ahli fiqh itu membaling batu kearah sekumpulan ahli fiqh, ia dibalas dengan sepotong hadith, ‘ siapa yang menyakiti orang mukmin, bermakna menyakiti Nabi SAW, brg siapa menyakiti Nabi SAW bermakna menyakiti ALLAH swt. Tetapi apabila ahli fiqh itu membaling batu kearah sekumpulan ahli sufi, ia dibalas pula dengan doa, supaya ALLAH memasukkannya kedalam syurga.

Itulah akhlak mulia yang ada pada seorang sufi.. Musibah pada mata orang awam, tetapi nikmat dimata seorang sufi..



Indahnya hidup sekiranya bersama Ilahi..ALLAH..ALLAH..ALLAH..setiap degupan jantung hanya ada namaMu..dan keranaMu ia terus berdegup..

Untuk penerangan yang lebih lanjut, silalah baca buku ini..ada sambungannya di buku kedua dan ketiga iaitu At-Tasawuf Al-'amali dan At-tasawuf Al-ladzi nuriduh.. tetapi dalam menuntut ilmu kejiwaan ini, tidak cukup sekadar membaca buku, perlukan seorang murabbi yang akan membimbing..dan bukan sembarangan orang yang boleh menjadi murabbi,melainkan telah mencapai tahap tertentu..

Wallahu'alam...

Tuesday, February 9, 2010

jaulah : Cairo Exploration..

Bismillahirrahmanirrahim...

salam sayang untuk sahabat- sahabat yang datang berziarah..
nukilan kali ini ingin mengongsikan secebis pengalaman penjelajahan ke beberapa destinasi menggamit hati di sekitar kaherah...jaulah ini berlansung pada 7 february 2010 bersempena winter break..anjuran unit perumahan kebudayaan dan sukan, persatuan anak wilayah persekutuan, BKAWM..

MASJID SAIDINA HUSIN.




Minta maaf gambar x berapa jelas..angle x lawa..huhu. kalau diperhatikan, di depan masji tedapat sesuatu seperti payung yang tertutup..payung itu adalah menyerupai payung yang terdapat di masjid nabawi di Madinah..Cuma pada musim sejuk ianya tidak dibuka..

ini adalah tempat pertama yang kami lawati..terletak disini makam saidina husin..cucu kesayangan Rasulullah SAw, anak kepada Saidina Ali dan Saidatina Fatimah R.anhuma.. adik kepada Saidina hasan..
mengikut faktanya, makam Saidina husin Ade 3- karbala,mesir dan Syria..bagaimana boleh begitu ?! mengikut dari segi istilahnya apabila disebut makam, ia x semestinya tertanam jasad dibawahnya.. tetapi apabila di sebut dhorih (dhod-ra-yaa-ha), didalam pasti tertanam jasad.. jadi dhorih bagi Saidina Husin adalah di Karbala dan juga mesir..mengikut sirah, saidina Husin meninggal dipenggal kepalanya oleh orang dlm kalangan kerajaan muawiyah (maaf xingat sgt faktanya).tetapi yang pasti ia telah dibunuh atas arahan pemerintah pada zaman anak Muawiyah b abu suffian.. pembunuhan tersebut berlaku di karbala, jadi jasad Saidina husin telah dikebumikan disitu, tetapi kepala yang telah terputus dari badan telah dibawa berarak sehingga ke Mesir..dan dikebumikan disini…

jadi makam yang kami ziarah terdapat kepala Saidina Husin..dan kebenarannya telah dibuktikan oleh zaman alim ulama’ yang terdahulu apabila ade seorang ulama’ telah ditugaskan untuk turun kedalam kuburan dan ternampak cahaya yang bersinar-sinar datang dari kepala tersebut..ALLAHUAKBAR..

Pernah suatu ketika sedang Rasulullah SAW sedang bermain dengan hasan dan Husin..tiba-tiba sahabat yang ade disekeliling melihat Nabi SAW mencium mulut Saidina Hasan dan tengkuk Saidina Husin, lalu mereka bertanya kpd Rasulullah, mengapa baginda berbuat demikian..Rasulullah bersabda bahawasanya.. hasan akan mati melalui mulutnya-iaitu diracun dan husin akan mati melalui tengkuknya- iaitu dipenggal kepalanya..

Azab ALLAh untuk mereka yang menghina keluarga Nabi SAW..apatah lagi membunuhnya..
Nabi SAW pernah bersabda yang mafhumnya lebih kurang – Aku tidak meminta apa2 balasan terhadap Islam yang telah Ku sampaikan melainkan sayangi ahli keluargaku iaitu Ahlul bait..andai kata tidak ada sayang kita pada ahlul bait apakah pula tahapnya sayang kita pada Nabi SAW…???!

Saidina husin digelar Saiyyidus syuhada’..


MASJID AL-AZHAR

Destinasi kedua kami adalah ke Masjid AL-azhar, kedudukannya hanyalah seberang jalan dengan masjid Saidina Husin.. masjid azhar adalah tempat pertama yang dibina utk pengajian ilmu di Al-azhar..pada mulanya pengajian dilakukan disini sebelum dibina bangunan university yang lain..



salah satu keistimewaannya, mempunyai 2 kepala diatas menaranya..



Dataran Masjid AlAzhar..tempat melakukan solat..



Tiang-tiang .. dimana setiap satunya pasti telah disandar ulama’ terdahulu yang mengkaji, mentelaah ataupun menulis kitab2 mereka.. pada musim peperiksaan juga kawasan kaki lima ini pasti dipenuhi mahasiswa yang muraja’ah pelajaran..


MASJID FATIMAH AL-NABAWIYAH



makam Saidina Fatimah Al-Nabawiyah

Fatimah Al-Nabawiyah merupakan salah seorang dari cicit Nabi SAW.. beliau adalah anak kepada SAidina Husin.. beliau mempunyai 5 orang adik beradik.. antaranya Ali Akbar dan Ali Asghar

MASJID SULTAN HASAN DAN MASJID RIFAIE

kedua-dua masjid ini terletak bersebelahan..laluan antara keduanya dicipta dengan unik oleh arkitek pada zaman tersebut dengan sangat unik yang membuatkan kawasan tersebut sentiasa sejuk..







masjid sultan hasan merupakan masjid tertinggi yang ada di Mesir.kira2 40 meter.. ia lebih dikenali sebagai masjid 4 mazhab..yang mana didalamnya suatu masa dahulu diadakan pengajian keempat-empat mazhab ahli sunnah wa jamaah iaitu mazhab shafie,hanbali,maliki dan hanafi.



masjid sultan HAsan..




tempat mengambil wudhu' yang terdapat di masjid2 yang besar sahaja..tetapi ia tidak lagi digunakan..





salah satu pintu kelas pengajian..pinti ini untuk mazhab shafie..sekiranya diperhatikan corak seperti puzzle di atas pintu ini ia sungguh menarik..bagaimana arkitek tersebut boleh mencantumkannya??!



masjid imam Rifaie..namanya diambil sempena dengan nama seorang ulama' dizaman itu.. ia dibina 200 tahun selepas masjid sultan hassan dibina...

didalam kedua2 masjid ini terdapat beberapa makam ulam' di dalamnya termasuk makam sultan Hassan sendiri didalam masjid 4 mazhab.

MASJID AHMAD IBN TULUN



ini adalah masjid yang tidak lagi digunakan untuk bersolat..kalau adapun mungkin digunakan oleh penjaga2 masjid tersebut..ini kerana masjid ini dibina bukan semata-mata mencari keredhaan ALLAh, tetapi ia dibina kerana ingin menandingi keunikan masjid Sultan Hasan atau lebih dikenali dengan Masjid 4 mazhab. keluasan masjid ini juga lebih besar dari masjid 4 mazhab..tetapi kerana niat yang salah, ia telah disumpah oleh alim ulama' sehingga ia menjadi gersang tidak digunakan..hatta burung pun tidak mahu singgah didalamnya..




-marilah sama-sama kita bermuhasabah sejauh mana keikhlasan kita dalam beramal,lebih- lebih lagi mereka yang mengaku sebagai pendokong agama ALLAH..


MASJID IMAM SYAFIE



didalam masjid ini terdapat makam bahkan dhorih imam syafie beserta ulama besar mazhab syafie, sheikh zakaria al-ansari.. didalam makam ini juga terdapat kesan tapak kaki Rasulullah SAW yang dihadiahkan oleh kerajaan arab saudi untuk diletakkan di masjid ini..







makam imam syafie..




keunikan menara di masjid ini berbentuk sampan..


QAL'AH (KUBU) SALAHUDDIN AL-AYYUBI



Ini adalah destinasi terakhir kami pada jaulah kali ini..
kawasan ini bukan semata2 terdapat kubu.. ia hanyalah salah satu darinya..seperti yang diketahui, salahuddin al-ayyubi adalah seorang panglima perang yang telah berjaya menawan kembali Baitul Maqdis didalam peperangan salib..




salah satu masjid yang terdapat didalam kubu ini..


sama-samalah kita ambil pelajaran dari alam ciptaan ALLAH..dengan melihat tanda2 kebesaranNYA..semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur..byk terdapat didalam ayat2 alQuran, Allah memerintahkan utk kita melata dibumi ini..
salah satunya yang terdapat di surah al-rum ayat 9..

terjemahannya; dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) oleh orang-orang yang sebelum mereka...

Friday, February 5, 2010

UNIVERSITI TERAWAL & TERULUNG DI DUNIA

Sejarah ringkas Al-Azhar

Kali ini, afifzahrah tertarik hati untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang Al-Azhar yang mana dikatakan universiti yang terulung dan tertua di dunia. Al-azhar adalah tempat afifzahrah menuntut dan mengaji.
Seluruh pelusuk dunia dan zaman berzaman mengetahui Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggocakkan kealpaan jahiliyyah. Sejak dari dahulu lagi Al-Azhar didatangi oleh oleh pelajar dari seantaro dunias eperti Eropah, China , India, Asia, Tanah Melayu dan lain-lain. Semakin ramai tokoh pemikir Islam dapat dilahirkan semenjak pemerintahn kerajaan Fatimiyyah lagi.




Mengikut sejarah , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al-Azhar. Mengikut lembaran awal, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka rasminya dan dijadikan sebagai ibu Negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 970 M bersamaan 24 Jamadil Awwal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh seorang panglima tentera yang gagah perkasa dibawah zaman yang bernama Jauhari As-soqali di bawah zaman Fatimiyyah. Usaha ini mula selesai pada hari Jumaat 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramdhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan. Pada tahun 378H (988M), seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir, Yaakub bin Kals telah mencadangkan, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan msjid tersebut sebgai Jami’, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami’Azl-azhar.

Mercu Azan

Masjid Al-Azhar mempunyai 3 mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhartetap nampak terserlah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.
Mercu-mercu ini dibina pada 3 zaman. Mercu disebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitibay, sementara sebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman kesultanana Mamalik..
Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Aamir Abdul Rahman .Semenjak itu, kekallah Al-azhar dengan 3 mercu azan. Setiap mercumempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.





Gempa bumi di Mesir.

Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah,, satu bencana alam yang dahsyat berlaku.
Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir.Al-Azharr juga kehilangan sebhagian besar binaanya ketika gempa bumi tersebut.Namun kerja pembaikan dijalankan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid Al-Azhardan Madrasah Tibrisiah merupahkan madrasah pertan. Ia diasaskan oleh oleh al-Amir Tibris bin Abdullah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau beliau dikebumikan di madrasah tersebut.

Matlamat Al-Azhar

Cemburu musuh Al-azhar meluap-luap melihat Az-Azhar.Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana adalah sasaran dan objektif nya satu hari nanti akan menghancurkan mereka.Pada oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah zaitunini. Ketua jihad ini terdiri daripada Syeikh-syeikh al-Azhar yang bersemangat. Antaranya syeikh Sulaiman Jasuqi dan Syeikh Mauruqi. Targedi ini berlakuberlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussien .Perkara ini menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajahan Perancis.Namun umat Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemekian rupa.Pada tahun 1800M, bangkit Sulaiman al-Halbi dan beliau menumpahkan darah Cilber , ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya .




Selepas itulah , tercatat sekali lagi apabila sejarah buat pertma kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan azhari.Muhammad Ali hakiman , hakim lulusan al-Azhar dilantik pada 1805 M dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancang menghina al-Azhar.. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan 3 segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasir.Sekali lagi Mesir berada dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangn dan harumnya tersebar ke serta dunia.

AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN AYYUBIAH (567-648) (1170-1250)

Salahuddin Yusof bin Ayyub ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping memberi bantuan yang banyak ke arah itu.Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir , Hadis, Ilmu Fiqh, ilmu Kalam , bahasa Arab dan sastera.Di samping itu ilmu aqli seperti Falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain turut diajarkan.Antara perubahan besar yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah perubahan orientasi pengajianyang berteraskan ajaran Islam tulen iaitu Ahlu Sunnah Wal-Jamaah sehingga ajaran Syiah yang telah diselewengkan telah dihapuskan.





AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIAH

Buat pertama kalinya , bendera kerajaan Islam Uthmaniah telah berkibar di Mesir , iaitu pada Januari 1517 M.Hal ini berlaku berlaku setelah Sultan Salim berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama 8 bulan sebelum pulang ke Qastantaniah , pusat pemerintahannya. Kepulangan baginda bersama pakar-pakar dalam bidang-bidang dari Mesir beserta kitab-kitab yang berharga dari maktabah al-Azharr untuk dgunakan bagi memajukan kota raya yang pesat itu.
Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan agama, terutamanya pada azaman pemerintajhan keturunan Basya yang diutuskan dari Turki. Mereka merupakan par ulama’ yang disegani dan mempunyai kedudukan yang yang tinggi. Di samping mempunyai ilmu yang melaut, mereka juga terkenal dengan sifat-sifat wara’. Pada zaman inilah, gelaran as-Syeikh Jamil’ al-Azhar yang dianugerhakan oleh Khalifah semenjak abad ke-17M lantas dikekalkan hingga ke hari ini..

PENGAJIAN DI AL-AZHAR

Pengajian di Al-Azhar dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar Fiqh Syiah sebaik sahaj dibina dalam tahun 365H (975M) setelah mendapat arahan daripada pemerintahan kerajaan Fatimiyaah al-Maiz li Din Daulah, Qadhil Quda’ Abu Hassan Ali bin Nikman bin al-Qaitawani. Jawatan paling tinggi disandang oleh daie ialah Du’at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada Khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas dari Khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.

Tecatat catatan sejarah



Di bawah kerajaan Ayyubiah pula, Sultan Salahuddin, yang telah berjaya menghapuskan pengaruh dan fahaman Syiah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahlus Sunnah Waljamaah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakkan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falaq, dan riadhah.Ilmu kesusasteraan Arab pula diajarkan oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu qalam, mantiq dan perubatan.


Penedkatan berbentuk halaqah yang mana soeorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiangmasjid dilingkungi oleh-oleh murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah SAW serta diikuti ilmu yang akan dipelajari.
Pada zaman pemerintahan Mamalik pula , Jami’ al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti universiti Islam di Bghdad telah hancur akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air Sungai Furat dan Dajlah yang berwarna biru telah bertkar menjadi hitam kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan.Namun al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.




Selepas beberapa tahun, penekanan terhadap pendidikan wanita diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.





NAMA-NAMA AL-AZHAR

Jamie al-Aazhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah.Pada peringkat pertama, al-azhar dikenali sebagai Jamie Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya. Menurut Ahmad Mohd Auf ialh seorang penulis Al-Azhar, pada masa tersebut Jami’ al-Amru bin Al-as dikenali sebagai Jam’ulal-Jawamie.





Masjid al-Jamie atau Taj –al-Jawamie’. Selepas itu, masjid tersebut ditukarkan nama kepada Jamie’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama ketiga. Ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulillah SAW yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahrahra’.
Pendapat yang kedua, nama dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya yang ketiga, berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu Islam.



Afifzahrah teringat dengan satu kalam dari Dr.Syeikh Yusof Qardhawi ulama’ mujaddid abad ke-21pernah mengatakn peranan al-Azhar adalah Jami’ (masjid), jamiah (universiti) dan Jam’iyyah (persekutuan).
Walau apa-apa nama pun, al-Azhar tetap utuh seutuh namanya yang berusia lebih 1000 tahun ini. Dan perlu didiingatkan kepada mahasiswa al-azhar, afifzahrah ingin menyelitkan satu cadangan bahawa apa-apa pun kesukaran yang pernah menempuh dalam mempelajari ilmu di sini dan karenah orang-orang arab Mesir terutamanya hendaklah sentiasa mendokan kesejahteraan dan kerahmatan kepada al-Azhar ini samada syeikh-syeikh dan doktor-doktor ini serta tak dilupakan negara Mesir kerana al-Azhar tidak berdekatan atau terletak di Negara Hijjaz atau Haramain dan juga Palestin bahkan terletak di Mesir Ummu Dunia. Moga Allah terus mengekalkan dan memayungi al-Azhar sebagai manar ilmu ( obor ilmu ) yang terus menyinari Islam dengannya...amin.





Firman Allah SWT dalm surah at-Taubah (ayat 32) “ Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama ) Allah dengan mulut mereka (ucapan-ucapan) mereka) dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya, walupun orng0orng yang kafir tidak menyukainya...

P/s- copy paste dari http://satuumat.blogspot.com