Tuesday, February 16, 2010

JIWA SUFI...

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa yang dikatakan dengan jiwa sufi?jiwa yang di isi dengan sufikah? Atau sufi yang terisi didalam jiwakah ?? atau.. Tetapi sufi itu pula bagaimana? S.u.f.i ? pernah dengar suatu ungkapan, ‘jiwa sufi fikrah haraki’..? tetapi pada entry kali ini tidak berminat untuk membicarakan tentang ‘fikrah haraki’… berbalik kepada persoalan asal.. JIWA SUFI.. sufi biasa dikaitkan dengan ahli sufi..ataupun ahli tasawuf.. pada 13 dan 14 feb yang lepas, diriku diberi nikmat oleh ALLAH untuk mengikuti sebuah daurah anjuran persatuan PERUBATAN mesir tentang sebuah kitab tasawuf.. al-madkhal ila at-tasawuf as-sohih al-islami karangan Sheikh Rohimiddin Nawawi Al-Bantani . biodatanya telah kehilangan..tp insyaALLAH akan dinukilkan sekiranya terjumpa.. apa yang diingati, beliau merupakan anak kelahiran Indonesia, tetapi sekarang sedang menetap di Mesir..dan berkhidmat sebagai seorang pengetua di sebuah madrasah disini.. beliau merupakan penulis kepada kitab yang kami daurahkan..dan ia mempunyai terjemahan kedalam bahasa melayu dan dijual di Malaysia. Aku merAsakan ia sebagai suatu nikmat kerana aku peroleh banyak kebaikan hasil daurah ini, tetapi ia juga sebagai ujian, sebanyak mana aku amalkan ilmu yang diperolehi..

Melihat kepada tajuk kitabnya saja kita boleh mengetahui yang ianya hanyalah sebuah pengenalan kepada ilmu tasawuf, belum melihat kepada isi yang terdapat di dalamnya… kalau diibaratkan, kami hanya baru mengetuk pintu sebuah rumah dan belum masuknya kedalamnya sekiranya rumah itu adalah ilmu tasawuf tersebut. Tetapi pada awal pengenalannya, tasawuf bukan sebuah ilmu, melainkan sebuah amalan untuk mencapai ibadah yang sempurna. Bahkan ia menjadi bidang paling akhir menjadi ilmu…

Tasawuf merupakan cara penunaian adab yang sempurna,penyempurnaan ibadah yang kamil. Tasawuf adalah hakikat. Kalau solat ada zahir dan batin, yang zahir itu segala perbuatan solat kita,sujud, rUkuk dsb. Manakala batin itu adalah khusyu’.kita akan mendapatkannya melalui tasawuf.



Sebuah hadith yang menerangkan tentang islam, iman dan ihsan.diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khatab. Perbualan yang berlaku diantara malaikat Jibril dan Nabi Muhammad SAW. Islam itu adalah fiqh, manakala Iman adalah Tauhid dan Ihsan itu adalah Tasawuf.
Tugas-tugas pembawa risalah Islam boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :
-tabligh al-ahkam (berkaitan halal, haram, muamalat dan ibadat)
-tanfizul hukum (pelaksanaan kekuasaan,politik)
-tazkiyatun nufus (tarbiyah, memantau jiwa umat)

Dari zaman Rasullullah SAW ketiga-tiga tugas ini dipikul oleh pemerintah iaitu Rasullullah SAW sendiri, diikuti dengan 4 khulafa’ arrasyidin. Tetapi bermula dengan zaman khalifah Islam dari zaman umawiyah, 2 dari tugas ini mula dilupakan iaitu Tabligh al-ahkam dan Tazkiyatun nufus.yang hanya dilaksanakan adalah tanfizul hukum. Maka dengan sebab inilah munculnya ulama’ fiqh untuk memikul tugas tabligh al-ahkam dan golongan sufi untuk tazkiyatun nufus.

Contohnya, sebuah kisah dizaman Rasulullah SAW, terdapat seorang pemuda yang sangat elok wajahnya. Pada suatu hari, pemuda itu menunggang kuda bersama Rasullullah SAW. Dalam perjalanan itu, pemuda itu terpandang seorang wanita dan wanita itu juga melihat kearahnya. Melihatkan itu, Rasullullah pon menepuk pipi pemuda itu supaya menundukkan pandangan. Begitulah bagaimana Nabi SAW memelihara maksiat mata sahabatnya.

Kata –kata daripada Imam As syafie berkaitan dengan ilmu tasawuf adalah, sekiranya seseorang yang faqih ilmu tanpa sufi akan menyebabkan hati keras, tetapi sufi tanpa faqih adalah jahil. Jadi kedua2nya adalah penting bagi kita.

Seorang ahli sufi tidak menginginkan sesuatu di dunia melainkan ALLAH dihatinya. Tiada perkara yang buruk di dunia ini melainkan baik belaka. Sekiranya disakiti, sakit itu baik baginya kerana kaffarah dosa. Malah orang yang menyakitinya akan didoakan masuk syurga kerana menyampaikan kebaikan kepadanya.

Diceritakan sebuah kisah, seorang fiqih dan seorang sufi. Ahli fiqh tersebut menanyakan, mengapa orang ramai lebih suka mendekati ahli sufi berbanding ahli fiqh. Ahli sufi itu menyuruh ahli fiqh itu membaling batu kearah sekumpulan ahli fiqh, ia dibalas dengan sepotong hadith, ‘ siapa yang menyakiti orang mukmin, bermakna menyakiti Nabi SAW, brg siapa menyakiti Nabi SAW bermakna menyakiti ALLAH swt. Tetapi apabila ahli fiqh itu membaling batu kearah sekumpulan ahli sufi, ia dibalas pula dengan doa, supaya ALLAH memasukkannya kedalam syurga.

Itulah akhlak mulia yang ada pada seorang sufi.. Musibah pada mata orang awam, tetapi nikmat dimata seorang sufi..



Indahnya hidup sekiranya bersama Ilahi..ALLAH..ALLAH..ALLAH..setiap degupan jantung hanya ada namaMu..dan keranaMu ia terus berdegup..

Untuk penerangan yang lebih lanjut, silalah baca buku ini..ada sambungannya di buku kedua dan ketiga iaitu At-Tasawuf Al-'amali dan At-tasawuf Al-ladzi nuriduh.. tetapi dalam menuntut ilmu kejiwaan ini, tidak cukup sekadar membaca buku, perlukan seorang murabbi yang akan membimbing..dan bukan sembarangan orang yang boleh menjadi murabbi,melainkan telah mencapai tahap tertentu..

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment