Monday, July 20, 2009

9 sebab hati tidak bahagia

1- Pemarah-Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam-Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki-Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil-Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak-Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar-Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego-Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak-Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9- Cinta Dunia-Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

mahalnya harga aqal Muslim...

hari isnin yang lepas di kelas UNGS bersama dr razak...

rase bersemangat sbb faham apa yang dituturkan.dr sebut satu satu perkataan yang dilafazkan. sampai satu part dr menceritakan pengalamn beliau di Jepun.seorang sahabatnya melawak kpd beliau tentang aqal siapa yang paling mahal di dunia ini. siapa ye??! jwpnnya ialah MUSLIM.. kenape? kerana aqal muslim andai kata dibeli ia dibeli sbg 1st hand. jadi ianya mahal. sama sepeti kereta 1st hand yang jauh lebih mahal dari kereta 2nd hand..


faham x??! aqal muslim xdigunakannn oleh muslim itu sendiri. mereka lebih senang menghabiskan masa di shopping complex, bermain game di pusat cyber dan berbual kosong di kedai kopi.berbanding american,japanese dll yang telah mencipta pelbagai teknologi dan peradaban.

kenapa ye jd begitu???!
sdgkn fitrah manusia kan suka kpd kebaikan... terutamanya muslim yang beriman dgn iman yang 6. matematiknya sgt istimewa kerana 6-1=0. sdgkn mengikut perkiraan yang betul 6-1=5... fikir2kanlah...

Saturday, July 4, 2009

Aku Cemburu....

Al-Fatihah untuk shbt yg telah dijemput Allah terlebih dahulu, nabil b marwan...moga dirimu aman di sana.
aku cemburu dengannya. Allah menyayanginya lantas menjemputnya awal.
Dalam keadaan diri masih kurang berdosa.
Tidak mati dalam keadaan jahiliyah bilamana telah berjanji untuk berjihad demi Islam.
diuji terlebih dahulu dengan kesakitan, yang mana dikatakan sebagai kaffarah kpd dosa

Ya Allah,
apakah nasibku...
sering lalai dan leka...

apakah keadaanku...
bilamana maut menjengukku...
sedang ingat pdMu, atau ....
nauzubillah..

Ya Rabb...
moga takdirku baik...
menemuiMu dalam keadaan Kau redha padaku....
aminnn....