Wednesday, December 30, 2009

Kalimat pengusir maksiat

Seorang ulama' terkemuka,Imam Sahl bin Abdullah Al-tastari menuturkan kisah dirinya, " ketika berumur 3 tahun,aku ikut pamanku iaitu uhammad bin Sanwaruntuk melakukan Qiamullail. Aku melihat cara solat pamanku dan aku menirukan gerakannya.
suatu hari, pamanku berkata kepadaku, apakah kau mengingat ALLAh, yang menciptakanmu?,

aku menukas, 'bagaimana caranya aku mengingatnya?'

beliau menjawab , 'anakku jika kau berganti pakaian dan ketika hendak tidur, katakanlah 3kali dalam hatimu, tanpa menggerakkan lisanmu, 'ALLAhu ma'i....Allahu naadhiri....Allahu syaahidi!' (ertinya, Allah bersamaku, allah melihatku,Allah menyaksikan aku!)

aku menghafalkan kalimat itu, lalu mengucapkannya bermalam-malam. kemudian, aku menceritakan hal ini kepada paman.

pamanku berkata, 'mulai sekarang ucapkan zikir itu sepuluh kali setiap malam'.

aku melakukannya, aku resapi maknanya, dan aku merasakanada kenikmatan dalam hatiku. fikiran terasa terang . aku merasa senantiasa bersama ALLAH s.w.t.

satu tahun setelah itu, paman berkata, 'Jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu, dan langgengkanlah sampai kau masuk kubur.. zikir itu akan bermanfaat bagimu didunia dan di akhirat.

lalu pamanku berkata, 'hai Sahl , orang yang merasa selalu disertai ALLAH , dilihat ALLAH, dan disaksikan ALLAH, akankah dia akan melakukan maksiat???!...

kalimat Allahu ma'i. Allahu naadhiri..Allahu Syahidi sangat terkenal dikalangan ulama arifbillah. bahkan, Syeikh Al-Azhar; Imam Abdul HAlim Mahmud, yang dikenal sebagai ulama arifbillah menganjurkan kepada kaum musliminuntuk mengucapkan kalimat ini didalam hati. maknanya yang sangat dahsyat, jika dihayati dengan sungguh-sungguh, akan mendatangkan rasa ma'iyatullah (selalu merasa disertai ,dilihat,dan disaksikan oleh Allah swt..dimana dan bila sahaja)

pada akhirnya rasa ini akan menumbuhkan taqwa yang tinngi kepada Allah swt.Kalau sudah begitu, apakah orang yang merasa selalu disertai, dilihat dan disaksikan ALLAh akan melakukan maksiat?...


P/s- dipetik dari buku 'ketika cinta berbuah syurga' karangan novelis 'ayat2 cinta'....

Saturday, December 26, 2009

semua di dunia hanyalah sebab...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

salam 10 muharam..dinamakan juga hari Asyura.terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini... diantaranya Nabi Adam bertaubat kepada ALLAh,Nabi Ibrahim diselamatkan oleh ALLAH dari pembakaran Raja Namrud, hari pertama ALLAH menurunkan rahmat, dan banyak lagi.. boleh rujuk artikel yg dikeluarkan oleh unit biah solehah , lajnah dakwah dan pembangunan insan, Badan kebajikan anak wilayah persekutuan Mesir (BKAWM)...hehe.. promote2....

berkaitan dengan tajuk, ape yang nak dikongsikan disini adalah..segala apa yang ada didunia ini hanyalah menjadi penyebab..penyebab kepada sesuatu berlaku..supaya ianya dilihat rasional..tetapi hakikatnya segala-segalanya dari ALLAH...

sbg contoh kisah nabi Ibrahim ketika dibakar Raja NAmrud,api itu tidak memanaskan, sedangkan hakikat api adalah panas..ini menunjukkan panas datangnya dari ALLAH...

kisah kedua, sewaktu nabi IBrahim ingin menyembelih anaknya Nabi ISmail atas perintah ALLAh s.w.t...pisau yang tajam tidak memotong, kerana hakikat yang memotong adalah ALLAH s.w.t....

apa yang boleh diaplikasikan disini adalah, kita study.. tapi rase mcm "xmasuk2" tak faham ape yang kita sedang belajar... kerana ape? kerana yang memberi faham adalah Allah...buku hanyalah objek yang boleh menjadi penyebab untuk kita faham..

pengajarannya: segala yang berlaku datangnya dari ALLAh... banyakkan berdoa moga dipermudahkan ALLAH... banyakkan berdoa mohon bukan sahaja hidayah dari AllAH.. tetapi taufiq darinya..kerana taufiq adalah gerakan dari ALLAH untuk kita melaksanakan amal soleh..bukan sahaja petunjuk untuk melaksanakan amal soleh..

wallahu Taala a'lam.. mohon yang salah diperbetulkan...

Saturday, December 19, 2009

piramid...

piramid oh piramid...

teringat lagi masa mula2 sampai ardul kinanah ni.. asyik ulang x sabar nk tengok piramid.. akak2 ni kate piramid kat dalam kaherah je..di giza..dan setiap kali ditanya hanya piramid je yang disebut... sehinggalah.. suatu hari sahabatku berkata.. seorang kakak telah mengatakan... nape nak tengok piramid???! sedangkan ianya adalah tempat bersemadi orang yang DILAKNAt ALLAH s.w.t..orang yang mengaku dirinya tuhan..

"sudahkah sampai kepadamu (ya Muhammad)kisah Musa. tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah suci ialah Lembah Thuwa ; pergilah kamu kepada Fir'aun ,sesungguhnya dia melampaui batas , dan katakanlah (kepada Fir'aun) adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri(dari kesesatan) , dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepadaNYA?. lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. TETAPI FIR'AUN MENDUSTAKAN DAN MENDURHAKAI. kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). maka dia mengumpulkan (pembesar2nya) lalu berseru memanggil kaumnya. berkata "akulah tuhanmu yang paling tinggi". maka ALLAH mengazabnya dengan azab diakhirat dan azab didunia. sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)."

An-nazi'at(79:15-26)

perkataan kakak membuatkan diriku tersentak..betul.. sangat betul...bahkan memang tepat apa yg dikatakan..lihatlahhh...diriku telah melupakan sejarah tamadun Islam yang agung..mungkin inilah salah satu yang dikehendaki musuh kita..
sedangkan terdapat banyak lagi tempat2 yang bersejarah yang mempunyai nilai yang tinggi seperti jabal Thur di Sinai..tempat dimana Nabi Musa alaihisalam menerima kitab taurat.. makam para anbiya'..makam ulama'-ulama' terdahulu.. makam wanita sufi, rabiatul adawiyah..

tetapi...setiap apa yang tercipta didunia ini tidak diciptakan dengan sia2..kita boleh mengambil pelajaran selagi mana kita menggunakan akal yang waras..serta berpandukan kalam wahyu dari ilahi..moga2 kita dilindungi dari menjadi "isi yang melupakan kulit"..melupakan siapakah Pencipta kita... Nauzubillah..

Thursday, December 10, 2009

mikrocip dalam vaksin H!N!

Adakah mampu golongan kapitalis Yahudi ini memasukkan nano robot di dalam vaksin H1N1? Atau adakah mereka mampu mengawal seluruh manusia dengan hanya nano robot? Apakah perisian yang terkandung di dalam nano robot?

“Dasar Kawalan Populasi” atau “Dasar Mengurangkan Populasi” penduduk dunia

Semenjak berlakunya penularan wabak H1N1, ia merupakan peluang terbaik pihak Illuminati untuk menjalankan dasar mengawal minda manusia (mind control project). Penelitian kami mendapati pelan induk projek ini adalah ucapan David Rockefeller mengenai kawalan populasi manusia pada satu majlis makan malam anjuran Business Council di Amerika.

Misi kawalan populasi manusia yang dibentangkan oleh Rockefeller bukanlah bermakna mematikan manusia dalam jumlah yang besar. Isu H1N1 sama tarafnya dengan isu SARS, HIV, Birdflu dan lain-lain, ia memang boleh membawa kematian tetapi kematian dalam jumlah yang tinggi adalah sukar dan masih kurang dari 0.5 % daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia.

Jadi apakah fungsi virus H1N1?

Ianya berfungsi untuk menimbulkan satu suasana panik dikalangan masyarakat, tokoh-tokoh politik dan kerajaan seluruh dunia. Keadaan panik harus dijana oleh satu elemen yang menakutkan.

Jadi, di dalam situasi ini, elemen tersebut ialah H1N1 manakala tempahan berjuta-juta dos dari seluruh kerajaan dunia dinamakan global panic situation. Ini adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era Revolusi Perancis.

Sesungguhnya kami menjangkakan kemuncak isu wabak selsema babi ini adalah perlaksanaan program-program pemvaksinan secara paksa ke atas masyarakat. Pemaksaan tersebut adalah berkaitan satu projek rahsia Illuminati untuk memasukkan mikrocip-mikrocip ke dalam tubuh manusia.

Penggunaan Nano Robot di dalam vaksin

Satu-satunya syarikat yang digunakan kerajaan Amerika untuk membina mikrocip yang boleh dipasang pada badan manusia ialah VeriChip Corperation. Syarikat yang berpengkalan di Florida ini juga bertanggungjawab dalam membina kapsul-kapsul Radio Frequency Identification (RFID) yang boleh diletakkan di dalam kulit manusia di Amerika.

Umum mengetahui bahawa sejarah penciptaan RFID membuktikan bahawa kapsul berkenaan mampu menyimpan segala maklumat perubatan dan biologi pemakainya tanpa si pemakai itu sedari. Kapsul RFID itu juga boleh diakses oleh satelit dan disampaikan kepada server -server pihak yang mahu memanipulasi data.

Pada awal 2009 ini, didapati VeriChip Corp. telah membuat usahasama dengan syarikat Receptor LLC yang berpengkalan di Minnesota untuk membina satu mikrocip dalam badan manusia yang mampu mengesan virus.

Pengarah VeriChip sendiri iaitu Dr. Scott R. Silvermann mengakui projek sulit ini kepada akhbar WorldNetDaily, beliau menegaskan;

“As we continue to build on our partnership with Receptors, which started with the development of a glucose-sensing RFID implantable microchip, we are moving beyond patient identification to sensors that can detect and identify illnesses and viruses such as influenza,”

“This is an exciting next step for the future of our healthcare division.”

Projek “besar” yang tidak popular ini (sengaja tidak dipopularkan) dilihat sebagai sebab utama Illuminati melancarkan program mewabakkan masyarakat dunia dengan Selsema Babi. Walaupun agak rambang jangkaan kami tetapi sejarah dunia konspirasi telah membuktikan bahawa tiada satu pun yang mustahil di dalam teori-teori konspirasi.

Alasan mengesyaki perkara ini kami asaskan kepada beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun ini berkenaan Selsema Babi iaitu:

* 1 Oktober 2008 - Bush meluluskan dana pembinaan vaksin selsema bernilai USD1.6 juta untuk Institut Tredau dan Makmal Tentera Laut Amerika.
* Januari 2009 - VeriChip dan Receptor LLC menjalin usahasama membina implan mikrocip manusia.
* April 2009 - kes pertama Selsema Babi (SB) dikesan di Mexico.
* 20 April 2009 - seorang doktor pakar yang bekerja di Israel Institute of Biological Research (IIBR) telah ditangkap polis Israel kerana disyaki menjadi perisik kepada Russia tentang maklumat-maklumat pembinaan vaksin di IIBR.
* Mei 2009 - Receptor LLC mengeluarkan kertas kerja ringkas bertajuk “An Intergrated Sensor System For The Detection Of Bio-Threats From Pandemics To Emerging Diseases To Bioterrorism”.
* Ogos 2009 - VeriChip Corp telah menjual 1,000 mikrocip RFID kepada Jabatan Kesihatan Daerah Green River di Kentucky, Amerika tanpa diketahui sebabnya dan tiada sebarang sidang media.

Pemvaksinan masyarakat adalah projek menyuntik mikrocip

Program pemvaksinan secara besar-besaran di seluruh dunia adalah tidak syak lagi ia merupakan satu propaganda kapitalis Zionis untuk melaksanaka suntikan mikrocip ke dalam tubuh badan manusia.

Manakala pengilang-pengilang vaksin seperti Novartis, Baxter, GlaxoSmithKline dan lain-lain juga kami yakin telah pun bersiap sedia meletakkan mikrocip ini ke dalam botol-botol vaksin yang bakal diedarkan seluruh dunia.

Kedegilan WHO untuk memberi tender kepada pengilang-pengilang Zionis ini juga amat mengecewakan walaupun pelbagai surat khabar antarabangsa, badan-badan kesihatan dunia, persatuan-persatuan doktor pakar telah mengecam melalui pelbagai artikel tentang skandal-skandal yang menyelubungi syarikat-syarikat vaksin ini.

process1

(Gambar) Carta skematik sistem mengesan virus yang diperkenalkan oleh Dr. Robert E. Calrson dari syarikat Receptor LLC.

Rasional penggunaan Nano Robot di dalam vaksin H1N1

Seperkara yang perlu kita ketahui ialah mikrocip yang bakal dimasukkan ke dalam badan bukanlah seperti cip-cip CPU komputer yang sebesar ibu jari itu. Mikrocip adalah cip-cip yang telah dikecilkan saiznya dengan kadar elektron yakni 10 kali lebih kecil dari bakteria.

microchip_receptorllc

(Gambar) replika mikrocip keluaran Receptor LLC yang bakal diletakkan dalam badan manusia melalui suntikan vaksin.

Bagaimana pula mikrocip-mikrocip akan bergerak di dalam badan?

Kenderaan yang akan membawa mikrocip di dalam badan manusia ini juga bersaiz elektron yang dipanggil Nano Robot. Robot kecil ini akan memegang mikrocip dan bergerak mengikut saluran darah di keseluruhan badan.

Perkara ini bukanlah teknologi masa depan, angan-angan atau fantasi, ianya telah pun dicipta oleh jurutera-jurutera Hitachi Corparation sejak 1990-an lagi. Malah idea pembinaan nano robot bagi kegunaan perubatan pula diilhamkan oleh Dr. Jose MR. Delgado pada 1974. Ketika itu Dr. Jose adalah Pengarah Jabatan Neuropsikatri di Universiti Yale, Amerika.

(Gambar) contoh replika nano robot yang ditunjukkan di dalam majalah Popular Science

Antara ciri-ciri lain Nano Robot ialah saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut manusia. Ia mempunyai ingatan terbina dalam (Built-in Memory) melebihi 512 kilobyte. Selain itu, pergerakannya juga adalah berasaskan frekuensi ELF. Kemungkinan nano robot juga telah mengalami evolusi teknologi yang lebih canggih pada masa sekarang.

Tujuan meletakkan mikrocip

Tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk mencuri maklumat manusia secara rambang dan mengkordinasi sistem biologi badan. Bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kapitalis Zionis menyimpan data-data berpuluh-puluh juta manusia seluruh dunia yang dimasukkan mikrocip.

Sebagai contohnya, komputer mainframe (pengkalan data utama)yang dibekalkan syarikat IBM Corp. kepada syarikat kewangan China pada 1999 mampu memproses semua maklumat kewangan seramai 1 billion orang dalam sesuatu masa.

Sekiranya teknologi mainframe pada 1999 sudah mampu memproses maklumat 1 billion orang, apatah lagi pada era 2009 ini. Oleh itu, penyuntikan mikrocip sebagai pencuri maklumat penduduk dunia yang berpuluh-puluh juta adalah tidak mustahil.

(Gambar) contoh mainframe yang menyimpan berbilliion maklumat

Kami percaya, nano robot yang dihasilkan pada era sekarang mampu menyelinap di saluran-saluran darah pada otak manusia. Kemungkinan juga nano robot ini sudah mencapai tahap boleh memuat turun perisian-perisian pemikiran dari pusat pengkalan data ke masyarakat seluruh dunia hanya melalui gelombang satelit.

Wallahu’alam …

P/S : Wabak selsema babi sememangnya satu bala kepada manusia tetapi sebenarnya ia bala kepada umat Islam yang tidak mahu berfikir dan membaca.


sumber : http://ibnuyaacob.com

Saturday, November 28, 2009

party




gambar ni sewaktu kami ada party bersama dean, vice dean and head of department faculty of medicine for girl al-azhar university of egypt.yang sdg berucap adlh dean, prof dr nagwa...

di seblh kanan adlh vice dean, prof dr nadia elManawaty, dan dsblh kiri dean adlh head department of biochemistry, prof dr fathma merangkap lecturer untk biochem. beliau ajar carbohydrates.

uniknye di Al-Azhar, setiap subjek ada ramai doktorah yang mengajar. cth prof dr fathma ajar carbohydrates shj. prof dr aufa ajar lipid pula..dlm lab doktorah lain pula. ni baru biochem, kalau anatomy pula lg ramai.setiap jam bertukar lecturer dan mengajar subtopik yg berbeza.salah satu tnda mesir especially Al-Azhar university mempunyai rmi ilmuan islam..bumi para Anbiya' untk menggali sbyk mungkin khazanah ilmu yg tersimpn

Wednesday, October 7, 2009

surat dari iblis

o
(Surat Dari Iblis)

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun

Friday, August 21, 2009

Ramadhan...


Selamat Menjalani ibadah puasa!!!! RAMADHAN KAREEM
Doa Jibril menjelang Ramadhan-Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad , apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-
*tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya
*tidak bermaafan sesama suami isteri
*tidak bermaafan dengan orang disekitarnya
Maka Rasulullah pon berkata amin sebanyak tiga kali..
Dapatkah kita bayangkan doa malaikat dan diaminkan oleh Rasulullah. Oleh itu saya ingin memohon maaf sekiranya ada berbuat kesilapan , samada yang sengaja ataupun x sengaja...
semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan khusyuk,diberkati dan dirahmatioleh ALLAH SWT..InsyaALLaH...

Tuesday, August 18, 2009

Solat dan lima jenis manusia

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2) Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan) , dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis KelimaGolongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya.. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Monday, August 3, 2009


Monday, July 20, 2009

9 sebab hati tidak bahagia

1- Pemarah-Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam-Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki-Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil-Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak-Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar-Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego-Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak-Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9- Cinta Dunia-Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

mahalnya harga aqal Muslim...

hari isnin yang lepas di kelas UNGS bersama dr razak...

rase bersemangat sbb faham apa yang dituturkan.dr sebut satu satu perkataan yang dilafazkan. sampai satu part dr menceritakan pengalamn beliau di Jepun.seorang sahabatnya melawak kpd beliau tentang aqal siapa yang paling mahal di dunia ini. siapa ye??! jwpnnya ialah MUSLIM.. kenape? kerana aqal muslim andai kata dibeli ia dibeli sbg 1st hand. jadi ianya mahal. sama sepeti kereta 1st hand yang jauh lebih mahal dari kereta 2nd hand..


faham x??! aqal muslim xdigunakannn oleh muslim itu sendiri. mereka lebih senang menghabiskan masa di shopping complex, bermain game di pusat cyber dan berbual kosong di kedai kopi.berbanding american,japanese dll yang telah mencipta pelbagai teknologi dan peradaban.

kenapa ye jd begitu???!
sdgkn fitrah manusia kan suka kpd kebaikan... terutamanya muslim yang beriman dgn iman yang 6. matematiknya sgt istimewa kerana 6-1=0. sdgkn mengikut perkiraan yang betul 6-1=5... fikir2kanlah...

Saturday, July 4, 2009

Aku Cemburu....

Al-Fatihah untuk shbt yg telah dijemput Allah terlebih dahulu, nabil b marwan...moga dirimu aman di sana.
aku cemburu dengannya. Allah menyayanginya lantas menjemputnya awal.
Dalam keadaan diri masih kurang berdosa.
Tidak mati dalam keadaan jahiliyah bilamana telah berjanji untuk berjihad demi Islam.
diuji terlebih dahulu dengan kesakitan, yang mana dikatakan sebagai kaffarah kpd dosa

Ya Allah,
apakah nasibku...
sering lalai dan leka...

apakah keadaanku...
bilamana maut menjengukku...
sedang ingat pdMu, atau ....
nauzubillah..

Ya Rabb...
moga takdirku baik...
menemuiMu dalam keadaan Kau redha padaku....
aminnn....


Sunday, June 7, 2009

Aku Hamlatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil
membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui...
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”

Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran...begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Sumber: wwwkembarasufi.blogspot.com

Saturday, May 30, 2009

Bermulanya sebuah perjuangan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah agak setahun berangan2 untuk mempunyai blog sendiri,akhirnya terciptalah sesuatu yang x seberapa ini. Moga2 ianya bukan trend semata2 tetapi bermanfaat untuk pembaca2 sekalian. Pada awalnya, diri ini x confident lansung untk create blog, almaklumlah xde bakat dalam bidang penulisan,tapi naqibah kate "xpe,kite copy paste pon ok,mybe orang xbuka tempat asal, terbuka yang kite punye dah ok, dpt pahala...."

Diri ini sangat baru dalam bidang penulisan ini, segala salah dan silap serta cacat dan cela harap ada yang tampil untuk membetulkan.segala idea2 yang bernas sgt2 dialu2kan...

akhirul kalam,selamat membaca dan semoga bermanfaat...=>

Sunday, May 24, 2009

Kisah Muhammad bin Wasi'
www.iluvislam.com
PeNciNtA_iLLaHi
Editor: lailatulema

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk 'La Tahzan' telah menukilkan satu kisah tauladan yang cukup menggugat jiwa iaitu kisah Muhammad bin Wasi'. Muhammad bin Wasi' terkenal sebagai seorang yang zuhud pada zamannya. Suatu hari dia berada di dalam barisan tentera yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah Allah di bahagian timur negara Islam pada waktu itu.

Suatu hari Qutaibah ingin menguji Muhammad bin Wasi' di hadapan para panglima dan menterinya. Maka, Qutaibah berkata kepada menteri dan panglima-panglimanya, 'Di tanganku ada segenggam emas yang diperolehi hasil ghanimah[rampasan perang] daripada musuh-musuh Islam.Adakah kalian semua percaya bahawa kalau aku menyerahkan emas ini kepada seseorang maka dia akan menolaknya?' Mereka menjawab:'Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang akan menolak pemberian emas ini.' Qutaibah berkata ;'Baiklah, aku akan tunjukkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad saw yang menyamakan emas ini dengan tanah kepada kalian semua.'

Maka dia pun memerintahkan pengawalnya supaya memanggil Muhammad bin Wasi' untuk menghadapnya. Maka, tatkala Muhammad menghadap Qutaibah, lalu diberikannya segenggam emas di dalam tangan Qutaibah. Maka Muhammad bin Wasi' terus mengambil emas tersebut tanpa sepatah kata. Qutaibah tercengang. Sangkaannya Muhammad akan menolak pemberiannya. Wajahnya berubah menahan malu di hadapan menteri dan panglimanya. Qutaibah memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengekori langkah Muhammad bin Wasi' selepas beliau keluar dari majlis itu.

Muhammad bin Wasi' membawa emas tersebut dan dalam perjalanannya beliau berjumpa dengan seorang fakir miskin, dan Muhammad memberikan semua emas tadi kepada fakir miskin tersebut. Berita ini dilaporkan oleh pengawal-pengawal yang mengintip pergerakan Muhammad bin Wasi' kepada Qutaibah. Lalu Qutaibah tersenyum dan berkata kepada orang-orang di sekelilingnya; 'Bukankah sudah aku katakan kepada kalian bahawa masih ada lagi hamba Allah daripada umat ini yang menyamakan emas dengan tanah?'

Begitulah contoh seorang insan yang hatinya langsung tidak terpaut kepada dunia. Emas yang tinggi nilainya, tidak langsung memesongkan hatinya daripada mengingati Allah dengan menyalurkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Hidupnya sederhana dan mulutnya sentiasa basah dengan kalimah dan beristighfar [memohon ampun] dan bertasbih kepada Allah. Ternyata Muhammad bin Wasi' adalah contoh insan yang meletakkan dunia di atas tangannya. Dunia dan habuan di dalamnya digunakan untuk jalan-jalan kebajikan dan jihad di jalan Allah.

Nabi saw telah bersabda,'Jadilah kamu seolah-olah orang yang asing atau seorang musafir di dunia ini.'[Riwayat Bukhari dan Ahmad] Kita mungkin akan dilihat pelik atau dianggap asing kerana mengamalkan ajaran yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Meninggalkan dunia yang sedikit dan menumpukan perhatian kepada akhirat akan menyebabkan kita kelihatan janggal,pelik dan asing di mata manusia lain yang sibuk mengejar habuan dunia. Kita mungkin dianggap bodoh kerana menolak kemewahan dan keseronokan dunia, sebaliknya ketahuilah, bahawa kita adalah manusia yang paling cerdik di kalangan umat ini.