Thursday, May 5, 2011

Rasulullah menangis di padang mahsyar..

Perbanyakkan selawat di hari yang mulia

http://www.youtube.com/watch?v=zy0QSK6esLI


Friday, January 7, 2011

Wahai Allah Yang Maha Agung

Wahai Allah Yang Maha Agung
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan
memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
Peribadi yang indah dan terpelihara

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
Kedamaian hati
Kebeningan dan kebersihan hati,
Ketenteraman jiwa
Kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam

Usir dan buanglah segala kegelisahan, kekwatiran, ketakutan.
kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami
Jadikan hati kami tenteram, tenang dan damai dengan mengingati Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada Mu

Wahai Pemilik dan Penguasa segala hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas


Copy Paste dari email yang diberi oleh Emak sayang aka Nordasimah Daud.

Wednesday, January 5, 2011

Minta Solat Hajat, Kami Dah Tak Larat- Dr Halimah

SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.


Sumber: Harakah Daily

Tuesday, January 4, 2011

Akhawat Jatuh Cinta??!

Akhwat jatuh cinta..?
Tak ada y aneh, mrk jg adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?
Mereka jg punya hati dan rasa..

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu d wajah, tak ada buncah suka d dada..
Namun sebaliknya..
Ketika akhwat jatuh cinta..
Y mereka rasakan adalah penyesalan y amat sangat, atas sbuah hijab y tersingkap.
Ketika lelaki y tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirn, yg mrk rasakan adalah ketakutan y bgt besar akan cinta y tak suci lg..
Ketika rasa rindu mulai merekah d hatinya, y mereka rasakan adalah kesedihan y tak terperi akan sbuah rasa y tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 y d penuhi air mata penyesalan atas cintaNya y ternodai..
Yg ada adalah kegelisahan, krn rasa y salah arah..
Yg ada adalah penderitaan akan hati y mulai sakit..

Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan utk btemu y mrk nantikan, tapi y ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh drinya.
Tak ada kata2 cinta, dan rayu.. Yg ada adalah kehawatiran yg amat sangat akan hati yg mulai merindukan lelaki yg blm halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan d hatinya yg tak mampu lg memberi ketenangan d wajahnya y dulu teduh..
Mrk akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya..

Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Krn y ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dr Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dlm hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dgn air mata penyesalan akan hijab y tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupus rasa rindu padanya dan kembalikan dlm hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Krn bila memang kalian d takdirkan bersama, maka tak akan ada y dpt mencegah kalian bersatu..

Tp ketahuilah, bgaimanapun usaha kalian u bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Jika ujian itu melanda, kalian cuma punya 2 pilihan. Samaada tinggalkan dia atau mengikat tali yang sah..

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)


~Awaluddin ma'rifatullah~

sajak ini dicopy paste dari sebuah email

Thursday, December 23, 2010

Istana Raja Farouk

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi ALLAh, Tuhan sekelian alam,Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, para sahabat serta ahli keluarga baginda.

Setelah lama menyepi, Alhamdulillah mood utk mengupdate blog dtg kembali. mohon berjuta kemaafan buat sahabat2 yg sentiasa menanti2 cerita dari Mesir ini. InsyaAllah akan cuba dikongsi sedikit pengembaraan ke bumi Alexandria (Iskandariah) pd bulan 9 yg lalu.

Dinamakan Alexandria sempena mengambil nama Alexander the Greats, seorang pahlawan dari Mecedonia yang mahsyur. Beliau telah membina kota ini pada tahun 322 sebelum masihi dan menjadikannya ibu kota Mesir Hellenistik. Bandar ini berkembang menjadi antara kota yang terbesardi utara Mesir.Namun selepas penubuhan Kota Kaherah oleh kerajaan Islam zaman pertengahan, perkembangan bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Montazah.

Montazah adalah taman pinggir laut yang mempunyai keluasan 155.4hektar. Didalamnya tersergam istana Raja Farouk yang memiliki seni bina yang indah, ditambah pula dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi menghadap kearah laut.

Raja Farouk adalah Raja terakhir kerajaan Monarki, Mesir yang berpusat di Iskandariah. Beliau dikenali kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaannya. Beliau lebih gemar membeli kereta-kereta mewah dan berseronok di kasino, berlumba kuda dan berfoya-foya bersama wanita muda. diceritakan bilangan pokok kurma yang ditanam di halaman istananya menyamai bilangan gundiknya.

Pada tahun 1952, jatuhnya pemerintahan Raja Farouk yang mana Jamal Abdul Naser merupakan salah seorang yang mengetuai rampasan kuasa untuk menggulingkan Raja Farouk. Selepas Raja Farouk dijatuhkan, pemerintahan Mesir bertukar kepada negara Republik yang berpusat di Kaherah.




Masjid Imam Rifaie

Masjid ini terletak di Kaherah bersebelahan dengan Masjid empat Mazhab, didalam masjid ini terletaknya makam Raja Farouk. Didalam masjid ini juga terdapatnye makam Imam Rifaie, para pelajarnya membina masjid ini untuk mengingati jasa beliau. Selain itu, terdapat juga didalam masjid ini Makam Shah Iran, beliau adalah pemerintah Iran yang digulingkan dan beliau lari ke Mesir.








Monday, October 18, 2010

hadith

Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, 'Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu' (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)