Thursday, December 23, 2010

Istana Raja Farouk

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi ALLAh, Tuhan sekelian alam,Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, para sahabat serta ahli keluarga baginda.

Setelah lama menyepi, Alhamdulillah mood utk mengupdate blog dtg kembali. mohon berjuta kemaafan buat sahabat2 yg sentiasa menanti2 cerita dari Mesir ini. InsyaAllah akan cuba dikongsi sedikit pengembaraan ke bumi Alexandria (Iskandariah) pd bulan 9 yg lalu.

Dinamakan Alexandria sempena mengambil nama Alexander the Greats, seorang pahlawan dari Mecedonia yang mahsyur. Beliau telah membina kota ini pada tahun 322 sebelum masihi dan menjadikannya ibu kota Mesir Hellenistik. Bandar ini berkembang menjadi antara kota yang terbesardi utara Mesir.Namun selepas penubuhan Kota Kaherah oleh kerajaan Islam zaman pertengahan, perkembangan bandar ini telah merosot sehingga menjadi perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Montazah.

Montazah adalah taman pinggir laut yang mempunyai keluasan 155.4hektar. Didalamnya tersergam istana Raja Farouk yang memiliki seni bina yang indah, ditambah pula dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi menghadap kearah laut.

Raja Farouk adalah Raja terakhir kerajaan Monarki, Mesir yang berpusat di Iskandariah. Beliau dikenali kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaannya. Beliau lebih gemar membeli kereta-kereta mewah dan berseronok di kasino, berlumba kuda dan berfoya-foya bersama wanita muda. diceritakan bilangan pokok kurma yang ditanam di halaman istananya menyamai bilangan gundiknya.

Pada tahun 1952, jatuhnya pemerintahan Raja Farouk yang mana Jamal Abdul Naser merupakan salah seorang yang mengetuai rampasan kuasa untuk menggulingkan Raja Farouk. Selepas Raja Farouk dijatuhkan, pemerintahan Mesir bertukar kepada negara Republik yang berpusat di Kaherah.




Masjid Imam Rifaie

Masjid ini terletak di Kaherah bersebelahan dengan Masjid empat Mazhab, didalam masjid ini terletaknya makam Raja Farouk. Didalam masjid ini juga terdapatnye makam Imam Rifaie, para pelajarnya membina masjid ini untuk mengingati jasa beliau. Selain itu, terdapat juga didalam masjid ini Makam Shah Iran, beliau adalah pemerintah Iran yang digulingkan dan beliau lari ke Mesir.








No comments:

Post a Comment